Merdeka 68: ‘Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Luar Biasa’ – Ahmad Zahid, Fadillah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Ahmad Ukasyah
PUTRAJAYA, 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya di sini hari ini disifatkan oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai berjaya dan luar biasa, sekali gus mengangkat semangat rakyat untuk bersatu padu.
Bercakap kepada pemberita selepas sambutan itu, Ahmad Zahid mengucapkan selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan memuji penganjuran kali ini yang menurutnya amat menarik.
“Semoga penyatuan seluruh rakyat Malaysia akan (terus) tercapai dan kita ketepikan perbezaan dalam kalangan kita,” katanya.

Fadillah yang turut senada, memuji setiap persembahan dipamerkan semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan kali ini.
“Persembahan yang begitu baik mengangkat semangat (bersama). Yang penting ialah untuk memastikan negara Malaysia terus bersatu, mencipta kemakmuran untuk kesejahteraan rakyat semua,” katanya.
Bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan yang bermula secara rasmi pada pukul 8 pagi itu dihadiri lebih 100,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur, selain turut menarik kehadiran pelancong asing.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
