Merdeka 68: PM Anwar Puji Persembahan Teres Grafik Manusia, Terbaik Dalam Sejarah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan persembahan Teres Grafik Manusia pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara.

Perdana Menteri berkata, persembahan membabitkan lebih 2,000 pelajar sekolah itu berjaya menzahirkan semangat patriotik rakyat, selain menggambarkan kreativiti dan kebersamaan generasi muda.

“Saya bangga dengan anak-anak, ini pertunjukan terbaik dalam sejarah Malaysia. Belajar baik-baik dan teruskan usaha,” katanya ringkas ketika menyampaikan penghargaan kepada peserta terbabit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahmad Zahid dan Fadillah merakam kenangan bersama Teres Grafik Manusia serta menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu, sejurus selesai acara sambutan, Anwar meluangkan masa berjalan kira-kira 500 meter sekitar Dataran Putrajaya dari pentas diraja untuk beramah mesra dengan pengunjung.

Sambil melambaikan tangan, Perdana Menteri turut menyapa dan bertanya khabar pengunjung yang kelihatan teruja dapat mendekati beliau secara lebih dekat.

Beliau diiringi kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira-kira 100,000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sepanjang laluan, ramai pengunjung mengambil kesempatan merakam gambar Perdana Menteri, manakala kanak-kanak pula kelihatan gembira menerima sapaan beliau.

Tindakan Anwar yang memilih untuk turun padang dan menyantuni rakyat secara langsung turut memberi gambaran jelas komitmen kerajaan mendekati rakyat tanpa sebarang protokol berlebihan, seiring tema sambutan tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *