Menteri Rejim Israel Raikan Pembunuhan Ismail Haniyeh

Hantaran Menteri Warisan Israel yang meraikan pembunuhan Ketua Hamas Ismail Haniyeh di X yang menerima kecaman masyarakat antarabangsa.

ISTANBUL, 31 Jul – Menteri Warisan Israel Amichai Eliyahu berkata pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, “menjadikan dunia lebih baik”.

“Tiada belas kasihan untuk manusia ini,” tulis Eliyahu dalam catatan di X.

“Tangan besi yang akan memukul mereka, adalah yang akan membawa keamanan dan sedikit keselesaan dan menguatkan keupayaan kita untuk hidup aman dengan mereka yang inginkan keamanan,” katanya.

Ketua Hamas Ismail Haniyeh dilaporan terbunuh dalam serangan didalangi rejim Zionis Israel di Tehan pada awal pagi Rabu. Foto Reuters

Bagaimanapun hantaran tersebut menerima kecaman masyarakat antarabangsa kerana Hamas bukanlah organisasi pengganas sebaliknya mereka merupakan pentadbir sah di Gaza yang diceroboh Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.

Media antarabangsa hari ini melaporkan, Ismail disahkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran.

Pimpinan Hamas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan Haniyeh dibunuh dalam satu serangan rejim Zionis di kediaman beliau di Tehran.

Sementara itu, Al Jazeera melaporkan pengawal Revolusi Iran memaklumkan, Haniyeh terbunuh bersama seorang pengawal peribadinya.

Kenyataan sama menambah siasatan berhubung pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas itu akan diumumkan tidak lama lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *