Menteri Rayu Elak Pembelian Panik, Rakyat Indonesia Tak Percaya

Beberapa stesen minyak di Medan, Sumatera Utara dilaporkan dipenuhi kenderaan apabila orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bahan bakar minyak (BBM) kerana bimbang berlaku kekurangan bekalan.

JAKARTA, 11 Mac – Indonesia merayu orang ramai supaya kekal tenang dan mengelakkan pembelian panik walaupun terdapat laporan mengenai kenaikan harga minyak mentah global susulan konflik di Asia Barat.

Menteri Tenaga dan Sumber Mineral, Bahlil Lahadalia mengesahkan bahawa stok bahan api domestik kekal mencukupi dan terjamin bagi memenuhi permintaan orang ramai.

“Apa yang kami maksudkan sebelum ini mengenai 21 hingga 25 hari adalah merujuk kepada kapasiti penyimpanan kami, namun bekalan tambahan akan terus tiba. Operasi industri berjalan seperti biasa dan import kami kekal mengikut jadual,” katanya, menurut Agensi Berita ANTARA, malam tadi.

Beberapa stesen minyak di Medan, Sumatera Utara dilaporkan dipenuhi kenderaan apabila orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bahan bakar minyak (BBM) kerana bimbang berlaku kekurangan bekalan. Foto Kompas

Bagaimanapun rata-rata rakyat negara itu tidak mempercayainya kerana walaupun bekalannya ada tetapi harganya akan meningkat secara tidak disedari.

“Pembodohan… Yg dipikirkan gimana caranya biar minyak tetap ada… Jangan kau ngomong stok hanya beberapa hari… Itu lah gunanya kau di utus agar bisa menyelesaikan…,” tulis Adi Putra Ray.

Dan Fredy Mulyo pula secara menyindir menyatakan “Ini menteri yg sering ngomong ngasal aja. Ini menteri yg sering membuat masyarakat Indonesia panik akibat kelangkaan minyak. Padahal itu semua blum tentu benar yg di ucapkan nya”.

Ia susulan tindakan Bahlil bersama Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa serta beberapa menteri Kabinet lain menghadiri mesyuarat di Istana Presiden di Jakarta, petang semalam bagi membincangkan harga minyak mentah global yang melepasi paras US$100 setong susulan peningkatan ketegangan di Asia Barat.

Beberapa stesen minyak di Medan, Sumatera Utara dilaporkan dipenuhi kenderaan apabila orang ramai berpusu-pusu mendapatkan bahan bakar minyak (BBM) kerana bimbang berlaku kekurangan bekalan.

Bahlil berkata, Indonesia mengimport minyak mentah terutamanya dari Asia Barat, manakala produk bahan api bertapis diperoleh dari negara Asia Tenggara sebelum diproses di dalam negara.

Beliau turut mengesahkan bahawa harga bahan api bersubsidi akan kekal tidak berubah sehingga Aidilfitri walaupun berlaku lonjakan harga minyak mentah global.

Sementara itu, Purbaya berkata, kerajaan memantau rapat kenaikan harga minyak global dan akan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang pelarasan dasar fiskal.

“Kami memerhati dengan teliti sama ada harga terus meningkat atau menurun. Jika kenaikan berterusan selama beberapa hari atau minggu, maka kita boleh menjangkakan satu trend yang berterusan, namun harga juga boleh meningkat dan tiba-tiba turun semula,” katanya.

Beliau menjelaskan kerajaan akan terlebih dahulu menilai trend harga sebelum membuat sebarang pelarasan terhadap belanjawan negara (APBN).

“Jika harga menurun semula kemudian, kami perlu menyemaknya semula. Melaraskan andaian dalam APBN memerlukan lebih banyak pertimbangan daripada bertindak balas terhadap pergerakan pasaran harian,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *