Apabila Rakyat Amerika Sendiri Tak Setuju Perang Dengan Iran…

Anggota Pengawal Negara memerhatikan penunjuk perasaan berhampiran Rumah Putih membantah serangan AS dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari 2026. Foto Allison Robbert/AP

PENDAPAT, 11 Mac – Kegilaan Amerika Syarikat (AS) mahu ‘menghapuskan rejim’ di Iran kini dibalas dengan tentangan kuat dari rakyatnya sendiri menerusi satu tinjauan bebas nasional yang dikendalikan Quinnipiac University semalam.

Dapat diperhatikan, kemusnahan dan keruntuhan tamadun manusia di AS sebenarnya bertitik tolak daripada keangkuhan dan keghairahan Presiden Donald Trump yang seakan belum berpuas hati biarpun telah membunuh Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei di Tehran pada 28 Februari lalu.

Menurut tinjauan nasional itu mendapati, lebih separuh rakyat AS menentang tindakan ketenteraan semasa terhadap Iran dengan 62 peratus berpendapat pentadbiran Trump tidak memberikan pencerahan sewajarnya mengenai objektif serangan itu.

Tinjauan nasional itu mendapati 53 peratus responden menentang serangan yang sedang berlangsung manakala 40 peratus menyokongnya.

Pengundi daripada Parti Demokrat didapati sangat menentang tindakan ketenteraan itu (89 peratus), manakala penyokong Parti Republikan pula menyokongnya (85 peratus).

Ia sekali gus menceritakan betapa berbezanya pendapat antara dua kelompok penyokong parti berlainan yang sudah tentu memberi petanda kurang baik kepada sistem demokrasi.

Menurut tinjauan itu, 74 peratus responden menentang penghantaran tentera darat Amerika ke Iran, sementara hanya 20 peratus menyokong cadangan itu.

Kebanyakan pengundi menjangka konflik itu akan berlarutan selama beberapa bulan atau lebih lama, dan bukannya berakhir dalam masa terdekat.

Dasar luar Trump menerima 40 peratus kadar kelulusan dan 57 peratus tidak bersetuju. Setiausaha Negara Marco Rubio memperoleh 40 peratus kelulusan dan 47 peratus tidak bersetuju terhadap prestasi beliau, manakala Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth menerima 37 peratus kelulusan dan 52 peratus tidak bersetuju.

Semakin ramai rakyat Amerika Syarikat sendiri menolak peperangan dengan Iran keran tidak jelas apakah objektif Trump selain hanya membunuh lebih ramai penduduk yang tidak berdosa. Foto Anadolu

Bagaimanapun, pengundi berbelah bahagi mengenai pembunuhan Ayatollah Ali Khamenei pada hari pertama serangan bersama Israel-Amerika Syarikat ke atas Tehran dengan 48 peratus berpendapat tindakan itu wajar manakala 43 peratus tidak bersetuju.

Tinjauan itu dijalankan antara 6 hingga 8 Mac membabitkan 1,002 pengundi berdaftar yang dikenal pasti sendiri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *