Menjamin Keselamatan Tenaga: Apa Peranan Rakyat Malaysia?

Penggunaan tenaga yang cekap bukan sahaja mampu menjimatkan perbelanjaan, malah membantu melindungi keselamatan tenaga dan melindungi alam sekitar.

PENDAPAT, 9 Nov – Keselamatan tenaga antara salah satu komponen penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar selain mengurangkan risiko bekalan tenaga tidak mencukupi atau terputus pada saat-saat kritikal.

Ia dimulakan dengan etika penggunaan tenaga dengan cekap dan selamat, mampu memelihara kelestarian alam sekitar dengan pengurangan pembebasan karbon, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar pembebasan karbon dalam negara sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Seperti yang kita ketahui, sektor tenaga adalah antara sektor paling tinggi menyumbang kepada pembebasan karbon ini dari aktiviti penjanaan serta mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau yang beralih kepada tenaga bersih.

Penggunaan tenaga yang lebih cekap dapat memastikan bekalan tenaga bagi generasi masa depan.

Ia selaras komitmen Malaysia di bawah Perjanjian Paris 2016 yang bertujuan mengehadkan pemanasan global kepada kurang 2° Celsius berbanding paras zaman praperindustrian.

Malaysia adalah antara 169 negara dunia yang telah sepakat untuk memastikan had pemanasan global sekurang-kurangnya tidak melebihi 1.5° Celsius dan suhu bumi diramal meningkat kepada 2.7° Celsius menjelang akhir abad ini.

Perjanjian Paris itu dimeterai bagi membolehkan semua negara mengambil tindakan yang lebih tegas dalam memerangi perubahan iklim dan memperkenalkan adaptasi yang sesuai.

Pengurangan penggunaan tenaga juga bagi memastikan kelangsungan bekalan tenaga pada masa hadapan yang mana sumber bahan api konvensional seperti minyak dan gas pada masa kini semakin berkurangan.

Justeru, setiap janaan tenaga yang dihasilkan sepatutnya memberi nilai dari segi produktiviti, ekonomi serta manfaat kepada masyarakat dan tidak melakukan pembaziran tenaga yang amat diperlukan bagi pembangunan serta kemajuan negara.

Peranan kita sebagai rakyat adalah memahami tentang cabaran, prospek serta mengamalkan penggunaan tenaga yang lebih cekap dan produktif tanpa mengorbankan kualiti, hasil serta manfaat kepada masyarakat.

Dari sekecil-kecil inisiatif seperti menutup lampu atau penyaman udara apabila tidak digunakan sehingga merancang penggunaan tenaga atau peralatan cekap tenaga, ia juga merupakan sumbangan besar kepada kelestarian alam yang kini berdepan dengan perubahan iklim yang menjejaskan kehidupan.

Kini sudah tiba masanya bagi setiap rakyat menggunakan tenaga dengan lebih cekap dan bertanggungjawab bagi kelangsungan serta jaminan bekalan tenaga yang lebih baik tanpa mengorbankan nilai kita sebagai manusia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *