Lawatan Kerja PM Anwar Di Sabah Padat Sepanjang Ahad

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sesi ramah mesra atau walkabout serta bersarapan bersama komuniti setempat di Pasar Gaya Street, Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada 9 November 2025. Foto Instagram Anwar Ibrahim
KOTA KINABALU, 9 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerjanya di Sabah hari ini dengan jadual padat, melibatkan empat program utama di sekitar Kota Kinabalu dari pagi hingga malam.
Program Perdana Menteri bermula dengan sesi walkabout dan sarapan pagi bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Jalan Gaya, pada 9 pagi.
Beliau kemudian menghadiri Program Rancakkan MADANI Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 10 pagi.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dijadual menyampaikan Amanat Presiden kepada kepimpinan parti sempena persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17, diikuti Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Pimpinan Angkat di Bilik Mesyuarat 4, SICC pada 4 petang.
Program terakhir beliau ialah Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon KEADILAN bagi PRU Dewan Undangan Sabah di SICC yang dijadual berlangsung pada 9 malam.
Perdana Menteri dijadual meneruskan lawatan kerja ke Tawau esok.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
