Mengapa Diesel Thailand ‘Lebih Murah’ Berbanding Malaysia?

Kehabisan bahan api seperti petrol dan diesel di Thailand amat meruncing sejak awal Mac 2026 memaksa banyak stesen minyak menutup operasi atau menghadkan pembelian bahan api kepada rakyat negara itu.

PENDAPAT, 26 Mac – Sekarang ni timbul pulak naratif kenapa diesel di Thailand lagi murah dari Malaysia? Sedangkan Thailand bukan negara pengeluar minyak.

Bagi yang malas membaca dan memang anti kerajaan ini adalah naratif yang best untuk mereka canang di media sosial nak menunjukkan DS Anwar Ibrahim gagal memimpin negara tanpa merujuk fakta sebenar.

Pertama sekali.. adakah mereka mereka ini sedar yang negara Thailand sedang mengalami shortage supply petrol/diesel? Thailand sedang mengenakan catuan bahan bakar bagi menghadapi kekurangan bekalan akibat penutupan Selat Hormuz. Harga murah pun tapi barang takdek.. tak jadi apa boss.

Thailand mula melakukan penyasaran subsidi bahan api bagi mengurangkan tekanan ke atas permintaan meningkat dalam menangani krisis tenaga di negara itu.

Thailand adalah pengimport minyak kerana pengeluaran minyak mereka hanya mampu menampung 15-20% penggunaan domestik.

Apabila Selat Hormuz tertutup, bekalan minyak mentah ke kilang penapis mereka terjejas teruk sehingga memaksa Kerajaan Thailand mengehadkan pembelian diesel kepada 20 liter sahaja bagi setiap kenderaan di wilayah-wilayah tertentu (terutamanya di kawasan luar bandar dan sempadan).

Dilaporkan juga banyak stesen minyak bebas (independent retailers) di Thailand terpaksa ditutup sementara kerana mereka tidak mampu membeli stok pada harga pasaran dunia yang melambung tinggi, manakala harga jualan di pam disekat oleh siling harga kerajaan.

Kesannya..Rakyat Thailand mungkin melihat harga RM3.70 – RM3.90 di papan tanda, tetapi mereka terpaksa beratur berjam-jam atau pergi ke beberapa stesen untuk mendapatkan bekalan dan lagi malang stesen minyak pun tutup.

Kerajaan Thailand juga memilih untuk mengekalkan siling harga (price cap) melalui Dana Bahan Api Minyak (Oil Fuel Fund). Walaupun kos sebenar diesel mereka juga tinggi, kerajaan mereka menyerap sebahagian besar kenaikan itu untuk memastikan harga di pam tidak melebihi paras sekitar 33 Baht (kira-kira RM4.00) buat masa ini.

Dana Minyak Thailand (Oil Fuel Fund) kini mencatatkan defisit yang besar (melebihi 12 bilion Baht setakat pertengahan Mac). Kerajaan mereka terpaksa meminjam wang untuk menampung perbezaan harga tersebut.

Apabila hutang ini terlalu tinggi, rakyat Thailand mungkin terpaksa membayar cukai lebih tinggi atau harga minyak akan melonjak lebih parah pada masa hadapan untuk membayar balik hutang tersebut.

Pakar ekonomi di sana memberi amaran bahawa dana ini boleh mencecah defisit 50 bilion Baht dalam masa singkat jika harga tidak dinaikkan.

Kerajaan Thai juga dilaporkan kini sedang merayu pinjaman daripada bank-bank tempatan untuk terus menyubsidi harga minyak. Ini bermakna, generasi muda Thailand akan menanggung beban hutang ini melalui cukai pada masa hadapan.

Walaupun harga di Semenanjung RM4.72, bekalan diesel kita sentiasa ada dan tidak dicatu. Ini kerana syarikat minyak mempunyai margin yang mencukupi untuk terus mengimport dan mengedar tanpa kerugian.

Dengan kenaikan subsidi BUDI Diesel ke RM300, kerajaan sebenarnya memulangkan semula penjimatan itu terus ke tangan rakyat yang memerlukan (golongan B40 dan petani/pekebun kecil), bukannya “mensubsidi” warga asing atau penyeludup yang sebelum ini bermaharajalela di sempadan.

Dan jangan kita lupa harga RON95 kita masih kekal RM1.99 melainkan orang tu bukan warga negara atau tidak mempunyai lesen memandu. Lagipun dilaporkan hanya lebih kurang 195,000 dari 1.2 juta kenderaan diesel di negara kita yang tidak mendaftar untuk menerima subsidi.

Persoalannya.. kenapa mereka tak daftar? Tapi bila harga diesel naik mereka melalak di media sosial dan saya yakin ramai yang hentam kerajaan mengenai isu ini tak memiliki pun kenderaan diesel.

Sebenarnya sistem pengurusan subsidi negara adalah lebih baik dari Thailand yang masih mengamalkan sistem subsidi pukal yang akan menghakis kemampuan kewangan negara.

Walaupun harga RON97 dan diesel diapungkan, tetapi dengan pengenalan program BUDI95, Budi Agro, Budi Diesel dan sistem kad fleet untuk kenderaan perdagangan, impak kenaikan harga bahan bakar dunia masih lagi mampu kerajaan bendung tanpa mengorbankan masa depan negara.

Ya.. kerajaan masih lagi memberi subsidi bahan bakar kepada rakyatnya tapi dengan cara yang lebih teratur dan berhemah demi masa depan anak cucu kita.

Oleh Norman Daud

Nota: Thailand menghentikan subsidi pukal bermula 23 Mac 2026 dan mula melakukan penyasaran subsidi bahan api mengikut kaedah dilakukan Malaysia.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *