11 MP Tarik Sokongan Khabar Angin Yang Memualkan

Noraini melihat semua ini menunjukkan pembangkang ketandusan idea dan hanya memikirkan soal kuasa dengan menyebarkan cerita-cerita tidak benar.

MINDA NORAINI NORDIN, 29 Mei – Sekali lagi berita penarikan sokongan sejumlah Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri ditimbulkan berikutan perletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri semalam.

Kali ini dikatakan kononnya 11 Ahli Parlimen, termasuk Rafizi dan Nik Nazmi diberitakan akan menarik sokongan yang diberitakan akan dilakukan melalui sidang media pada esok (Jumaat).

Ahli Parlimen lain yang disebut itu adalah Chang Lih Kang (Tanjung Malim), Tan Kar Hing (Gopeng), Akmal Nasir (Johor Bahru), Wong Chen (Subang), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Onn Abu Bakar (Batu Pahat) dan Aminudin Harun (Port Dickson).

Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang menafikan 11 ahli parlimen KEADILAN menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.

BERITA PALSU

Hakikatnya ini adalah berita palsu dan tiada kebenaran sama sekali.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang yang namanya disenaraikan dalam kumpulan itu menyifatkan ia sebagai mengarut.

Setiap kali berlaku pergolakan politik, isu kononnya ada Ahli Parlimen menarik sokongan inilah yang selalu dimainkan.

Noraini menyeru rakyat tidak harus termakan dengan dakyah yang disebarkan melalui media sosial kerana tiada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Hakikatnya, semua ini menunjukkan pembangkang ketandusan idea dan hanya memikirkan soal kuasa dengan menyebarkan cerita-cerita tidak benar.

Ia tidak lain bertujuan mencetuskan ketidakstabilan dalam Kerajaan Madani dan mahu rakyat menjadi resah.

Sepatutnya, jika ada yang berangan-angan mahu mengambil alih kerajaan, tunggulah PRU16 akan datang dan biarlah rakyat membuat penentuan.

Dalam hal ini, rakyat tidak harus termakan dengan dakyah yang disebarkan melalui media sosial kerana tiada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat menarik sokongan dan kerajaan ini tetap stabil berkhidmat kepada rakyat sehingga tempoh mandat yang ditetapkan.

Naib Presiden KEADILAN Chang Lih Kang menyifatkan penyebaran berita palsu di WhatsApp sebagai mengarut. Foto Facebook Chang Lih Kang

Rumusannya yang dapat kita lihat adalah rakyat sudah muak dengan berita palsu dan persepsi kononnya kerajaan bakal tumbang. Inilah kabar angin murahan yang memualkan.

Oleh Noraini Nordin
Mantan Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *