MCMC Teruskan Siasatan Dakwaan Libatkan Muhyiddin

MCMC masih teruskan siasatan berhubung isu subsidi RON95 Muhyiddin Yassin. Foto Bernama

CYBERJAYA, 9 Sep – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan siasatan berhubung dakwaan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pagoh mengenai isu pemberian subsidi RON95.

MCMC dalam kenyataan menerusi Komunikasi Korporat agensi itu hari ini memaklumkan, semakan awal terhadap kandungan yang tular di media sosial telah dijalankan dengan kerjasama penyedia platform terbabit.

“Bagaimanapun, MCMC masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak TikTok bagi melengkapkan siasatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan media yang dikeluarkan MCMC pada 9 September 2025. Foto MCMC

Sehingga kini, hasil siasatan yang diperoleh telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk penelitian dan arahan lanjut.

MCMC menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi memastikan siasatan dijalankan dengan penuh integriti dan selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *