PM Anwar Terima Kunjungan Hormat TPM Luxembourg Di Putrajaya

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di Perdana Putra, Putrajaya pada 9 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 9 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di pejabatnya di Perdana Putra, di sini hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, pertemuan tersebut memperlihatkan kedua-dua pemimpin menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam sektor perdagangan, pelaburan, kewangan dan logistik.

“Platform ini juga kami gunakan untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk peranan dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan situasi di Asia Barat khususnya Palestin.
“Selain meningkatkan kerjasama erat melalui rangka Kesatuan Eropah demi manfaat kedua-dua negara,” katanya.

Yang turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Perdagangan positif direkod pada Jun 2025 berpihak kepada Malaysia yang mengeksport RM7.02 juta berbanding import sebanyak RM2.11 juta.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
