Mayat Lelaki Dalam Longkang DUKE Menghala Ke Sentul

Mayat lelaki ditemukan dalam longkang di kilometer 5.1 Lebuhraya DUKE pagi tadi. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 7 FebMayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan mengiring di dalam longkang di Kilometer 5.1 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) dari Gombak menghala ke Sentul, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 11.08 pagi.

“Siasatan awal mendapati terdapat satu mayat lengkap berpakaian berada di dalam longkang berkenaan dalam keadaan mengiring.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dengan terdapat kecederaan pada bahagian kaki dan badannya.

“Kami turut menemui barang dipercayai milik mangsa seperti topi keledar, seluar, telefon bimbit di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat lelaki ditemukan dalam longkang di kilometer 5.1 Lebuhraya DUKE pagi tadi. Foto Arkib

Beliau berkata, mayat dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Sarjan Aktiviti Balai Polis Gombak, Sarjan Sarjeet Singh Pretam Singh di talian 019-200 4310.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *