Mayat Bergelimpangan Atas Jalan Raya, Angka Korban Cecah 46

Keadaan kebakaran di bandar Viña del Mar. Foto AFP

SANTIAGO, 4 FebAngka korban akibat kebakaran hutan di Chile kini mencecah 46 orang, dengan mayat berada di jalan raya dan rumah musnah akibat api yang terus merebak, kata pegawai pada Sabtu

Presiden Gabriel Boric mengisytiharkan darurat di bahagian tengah dan selatan Chile akibat bencana itu, akibat cuaca kering dan suhu yang meningkat sehingga 40 darjah Celsius sekali gus memburukkan lagi keadaan.

“Seramai 40 disahkan terbunuh dalam kebakaran itu, manakala enam lagi yang maut akibat melecur.

“Kami tahu jumlah (kematian) akan terus meningkat,” kata Boric selepas meninjau kawasan terjejas menggunakan helikopter pada petang Sabtu.

Beliau turut berjanji kerajaan membantu mangsa terbabit selepas ‘bangkit semula’ selepas ini.

Asap tebal dilihat menyelubungi kawasan Vina del Mar di wilayah pelancongan Valparaiso, di sepanjang pantai tengah Chile, memaksa penduduk meninggalkan rumah mereka.

Pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung bermula 9 malam (waktu tempatan) pada Sabtu untuk membolehkan bantuan kecemasan terutama bahan api ke kawasan terjejas.

Keadaan kebakaran di bandar Viña del Mar. Foto AFP

Arahan pemindahan baharu sudah dikeluarkan, namun masih tidak jelas berapa ramai yang diarahkan berbuat demikian.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Carolina Toha berkata terdapat 92 kebakaran setakat tengah hari, dengan 43,000 hektar (106,000 ekar) terbakar di seluruh negara.

Anggota bomba masih memadamkan 29 kebakaran menjelang tengah hari, manakala 40 berjaya dikawal.

Di lereng bukit di sekitar bandar pantai Vina del Mar, keseluruhan blok rumah terbakar dalam tempoh semalaman.

Pada pagi Sabtu, wartawan AFP menyaksikan ribuan yang dipindahkan sebelum ini kembali dan mendapati rumah mereka sudah musnah.

Beberapa mayat dilihat berada di atas jalan ditutup dengan kain.

Kawasan itu yang terletak kira-kira 1.5 jam barat laut ibu kota Santiago adalah destinasi pelancongan yang popular pada musim panas.

Kawasan pantai juga penting untuk industri wain, pertanian dan pembalakan negara.

Di bandar Estrella dan Navidad, kebakaran menyebabkan memusnahkan hampir 30 rumah, dan memaksa penduduk dipindahkan berhampiran pusat peranginan meluncur di Pichilemu.

“Saya tak pernah melihat (keadaan) seperti ini, kata seorang warga emas Yvonne Guzman, 63 kepada AFP.

Ketika kebakaran bermula, dia meninggalkan rumahnya di Quilpue bersama ibunya yang sudah uzur, namun terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama berjam-jam.

“Ia sangat memenatkan kerana kami sudah mengosongkan rumah tetapi tidak dapat bergerak ke mana-mana.

“Semua orang ini cuba untuk keluar (dari kawasan itu) tetapi terperangkap,” katanya.

Sementara, Datuk Bandar Vina del Mar, Macarena Ripamonti berkata, mereka sedang menghadapi malapetaka yang belum pernah berlaku sebelum ini dan situasi sebesar ini tidak pernah berlaku di wilayah Valparaiso.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *