Russia Dakwa Ukraine Serang Kedai Roti, 20 Maut, 10 Cedera

Pasukan penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan bangunan susulan serangan di Lysychansk. Foto Reuters

KYIV, 4 Feb – Kementerian Kecemasan Russia memaklumkan kakitangannya mengeluarkan 20 mayat daripada bawah runtuhan susulan serangan Ukraine ke atas bangunan yang menempatkan kedai roti di bandar Lysychansk di Luhansk, wilayah timur Ukraine.

Kementerian itu berkongsi video pekerja kecemasan mengangkat dua mangsa berlumuran darah ke atas pengusung dan membawa mereka dalam kegelapan keluar daripada runtuhan bangunan.

Terdahulu, katanya, kakitangannya menyelamatkan 10 orang dan membawanya untuk rawatan perubatan.

Berdasarkan reka bentuk dan warna bangunan serta imej fail padanan tanda kawasan itu, Reuters kemudian dapat mengesahkan lokasi video pada siang hari, berasingan daripada yang dikongsi Kementerian Kecemasan.

Ia sepadan dengan lokasi pada peta Google yang dikenal pasti sebagai Restoran Adriatik di Jalan Moskovska, Lysychansk.

Pasukan penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan bangunan susulan serangan di Lysychansk. Foto Reuters

Bagaimanapun Reuters tidak dapat mengesahkan tarikh rakaman, mahupun sebarang butiran lain laporan yang keluar daripada kawasan yang dikatakan Russia diilhakkan pada 2022.

Sehingga kini, pegawai Ukraine tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kejadian itu.

Pasukan penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan bangunan susulan serangan di Lysychansk. – Foto Reuters
Pasukan penyelamat mencari mangsa di celah runtuhan bangunan susulan serangan di Lysychansk. – Foto Reuters
Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar Russia, Maria Zakharova, berkata puluhan orang awam berada di dalam bangunan ketika serangan dan senjata Barat digunakan.

Dalam pada itu, Pusat Maklumat Luhansk yang dikawal Russia berkata, Ukraine membedil kedai roti itu menggunakan Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan Russia memetik seorang pegawai yang ditempatkan Russia dalam perkhidmatan operasi berkata, lingkungan usia mangsa sekitar 30 hingga 35 tahun.

“Tiada kanak-kanak dalam kalangan mangsa yang maut setakat ini, tetapi proses mengalihkan runtuhan masih diteruskan,” kata pegawai itu.

Terdahulu, Leonid Pasechnik, wakil pihak Moscow yang bertanggungjawab ke atas wilayah Luhansk, Ukraine, berkata puluhan orang mungkin berada di bawah runtuhan. kedai roti itu. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *