Bekas Menteri Sri Lanka Ditahan Kes Tipu Ubat Palsu

Bekas Menteri Kesihatan, Keheliya Rambukwella diiringi ke penjara di Colombo pada 3 Februari 2024. Foto AFP

COLOMBO, 3 Feb – Mahkamah Sri Lanka hari ini menahan reman seorang menteri kanan kabinet, dipercayai berhubung pembelian ubat palsu untuk hospital negeri sewaktu dirinya bertanggungjawab ke atas portfolio kesihatan.

Bekas Menteri Kesihatan, Keheliya Rambukwella diperintahkan untuk ditahan sehingga 15 Februari ini bagi membantu siasatan terhadap penipuan 144 juta rupee (AS$465,000, RM2.1 juta) membabitkan ubat yang sepatutnya menyelamatkan nyawa.

Polis memberitahu mahkamah di Colombo, kementerian itu berhasrat untuk membeli stok antibodi imunoglobulin, yang digunakan pada pesakit yang lemah imun.

Apa yang dibayar kementerian ternyata hanya untuk air.

Bekas Menteri Kesihatan, Keheliya Rambukwella diiringi ke penjara di Colombo pada 3 Februari 2024. Foto AFP

“Ubat itu juga sudah dikeluarkan ke hospital antara Julai dan September apabila pesakit melaporkan reaksi buruk yang mencetuskan ujian kualiti,” kata seorang penyiasat kepada AFP.

Tidak jelas, setakat ini sama ada terdapat kematian yang berkaitan dengan penggunaan ubat palsu itu.

Jabatan Siasatan Jenayah juga menyoal Rambukwella, kelmarin dan membawanya ke Mahkamah Majistret Maligakanda Colombo, yang mana hakim memerintahkan penahanannya.

Beberapa pegawai penting Kementerian Kesihatan lain juga sudah pun ditangkap.

Rambukwella kini adalah Menteri Alam Sekitar.

Pembekal ubat iaitu sebuah syarikat tempatan dibayar sehingga 960 juta rupee (AS$3.1 juta, RM14.6 juta) tetapi pembayaran dihentikan selepas kebimbangan kualiti timbul pada September lalu.

Pemilik syarikat itu turut ditahan.

Sri Lanka berdepan dengan isu kekurangan ubat-ubatan yang teruk selepas negara itu gagal membayar hutang asing AS$46 bilion (RM217 bilion) pada April 2022 selepas disytiharkan muflis.

Kebanyakan ubat-ubatan penting kemudiannya dibiayai melalui saluran kredit dari negara jiran India, serta Bank Dunia. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *