Masjid Laung Azan 4 Minit Awal, Jemaah Perlu Ganti Puasa

Masjid Prima Saujana Kajang memohon maaf kepada jemaah yang terpaksa menggantikan puasa yang terbatal. Foto Arkib

KAJANG, 31 Mac – Gara-gara terkhilaf selepas melaungkan azan maghrib empat minit lebih awal daripada waktu sebenar berikutan masalah teknikal, Masjid Prima Saujana Kajang, dekat sini semalam meminta jemaah menggantikan puasa yang terbatal.

Justeru itu, Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun berkata, pengurusan masjid memohon maaf kepada jemaah yang terjejas ibadah puasa mereka semalam.

“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

Masjid Prima Saujana Kajang memohon maaf kepada jemaah yang terpaksa menggantikan puasa yang terbatal. Foto Arkib

“Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *