Mangsa Hanyut Arus Deras Ditemukan Maut

Anggota bomba membantu mengangkat mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
PAKAN, 2 Jan – Mayat seorang lelaki ditemui di tebing Sungai Julau, dekat sini oleh orang awam sekitar jam 3 petang Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Nicholas Belulin berkata, mayat tersebut dipercayai dihanyutkan dari bahagian hulu oleh arus sungai yang agak deras akibat hujan lebat.
“Berdasarkan maklumat awal dan hasil daripada proses pengenalan awal, mayat tersebut dikenali sebagai Luju Jugie, 49, dari Rumah Saban, Sungai Ipoh, Pakan.
“Mangsa dilaporkan hilang dan tidak balik ke rumah panjang oleh isterinya sejak 31 Disember lalu selepas dipercayai keluar berburu di kawasan hutan berhampiran rumah panjang mereka.
“Laporan polis dibuat di Balai Polis Julau dan kali terakhir mangsa dilihat keluar dari rumah, mangsa memakai baju berwarna hijau dan berseluar panjang berwarna biru,” katanya kepada media, hari ini.

Katanya, ketika kejadian mangsa dipercayai keluar seorang diri.
Menurut Nicholas, pihak bomba telah membantu mengangkat mayat tersebut dari lokasi penemuan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya.
“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses selanjutnya,” jelas Nicholas.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
