Mangsa Banjir Pakistan Mohon Bantuan Segera

Seorang penduduk Pakistan melihat kawasan yang musnah akibat bencana banjir dan tanah runtuh di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Foto Reuters
KHYBER PAKHTUNKHWA, 18 Ogos – Mangsa banjir di utara Pakistan memohon agar mereka diberi bantuan dengan kadar segera.
Ia susulan kawasan yang terjejas teruk telah diisytiharkan darurat oleh pihak berkuasa.
Bencana alam itu kini mengorbankan sekurang-kurangnya 314, dengan 156 lagi cedera tercetus akibat hujan lebat paling buruk dalam msim tengkujuh tahun ini.
Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah bagaimanapun telah mengerahkan pasukan tentera untuk menyampaikan bantuan dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
Banjir juga melanda kawasan di Mongolia dan China ekoran hujan lebat yang melanda mengakibatkan puluhan penduduk terbunuh.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

