Malaysia, Vietnam Sedia Perkukuh Kerjasama Strategik, Pantau Kestabilan ASEAN – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Vietnam Phạm Minh Chính pada 30 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 30 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan Vietnam bersedia untuk memperkukuh hubungan dua hala dan terus meneroka potensi kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Perkara itu antara inti pati perbincangan Perdana Menteri dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Phạm Minh Chính menerusi perbualan telefon, hari ini.
“Saya menghargai kesediaan Vietnam untuk menghantar delegasi peringkat menteri bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua negara. Kami akan terus berhubung menjelang pertemuan seterusnya di China awal September depan,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.
Perbincangan itu jelas Anwar, turut menyentuh pelbagai perkembangan serantau serta isu global seperti tarif Amerika Syarikat (AS), di samping meneroka potensi kerjasama masa hadapan dalam bidang inovasi, keselamatan tenaga serta inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG).
“Kami menyambut baik kemajuan positif dalam rundingan gencatan senjata antara Thailand dengan Kemboja, termasuk lawatan pasukan pemantau yang diterajui Malaysia ke kawasan terlibat.
“Kedua-dua pihak turut menegaskan kepentingan pemantauan berterusan bagi menjamin kestabilan dan keamanan rantau ASEAN,” ujarnya lagi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
