Malaysia Komited Sokong Aspirasi Timor-Leste Sertai ASEAN – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste di Dili pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

DILI, 24 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia komited untuk terus menyokong aspirasi Timor-Leste sebagai anggota penuh ASEAN yang akan diterima secara rasmi Oktober depan.

Perdana Menteri berkata, keanggotaan Timor-Leste kelak bukan sahaja memperkukuh kesepaduan rantau, malah membuka ruang lebih luas untuk kerjasama ekonomi, perdagangan, pendidikan dan pembangunan teknologi.

Jelasnya, seiring cabaran geopolitik semasa, ASEAN memerlukan ketersalinghubungan lebih mantap di kalangan negara-negara anggota sejak ditubuhkan pada 1967.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Presiden Parlimen Nasional Timor-Leste sebelum diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste di Dili pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“ASEAN memerlukan ketersalinghubungan yang lebih mantap serta penerokaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan tenaga hijau sebagai pemacu masa depan yang lebih inklusif dan lestari untuk seluruh rantau,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar diberi penghormatan untuk menyampaikan Ucapan Khas di Parlimen Nasional Timor-Leste sempena lawatan rasmi dua hari ke negara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menandatangani buku pelawat sebelum diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste di Dili pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam ucapannya, Anwar menegaskan Parlimen adalah wadah tertinggi yang mewakili suara rakyat dan mendokong prinsip demokrasi.

“Justeru, institusi ini perlu dipertahankan dan diperkasakan sebaik-baiknya, sama ada di Malaysia, di Timor-Leste mahupun di mana-mana negara yang menjunjung demokrasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste di Dili pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Demokrasi berasaskan kepercayaan rakyat dan daripada kepercayaan inilah lahirnya kestabilan sesebuah negara yang mengukuhkan peranan sebagai anggota penting dalam keluarga besar ASEAN,” ujarnya.

Hadir menyambut ketibaan Anwar ialah Presiden Parlimen Nasional Timor-Leste, Maria Fernanda Lay pada 8.55 pagi untuk pertemuan ringkas di Pejabat Presiden di sini, sebelum menyampaikan ucapannya pada 9 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste di Dili pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ucapan itu dianggap satu penghormatan istimewa yang mencerminkan kehangatan serta keyakinan yang semakin meningkat dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste.

Pada 10 pagi, Perdana Menteri meneruskan jadual di Istana Kerajaan bagi mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste di Dili pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sesi berkenaan turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) diikuti sidang media bersama pada 11 pagi.

Pada 11.30 pagi, berlangsung acara ekonomi penting dengan pelancaran projek pembangunan Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) di Pelabuhan Dili, yang dijangka meningkatkan keupayaan Timor-Leste menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diraikan Presiden Parlimen Nasional Timor-Leste sebelum diberi penghormatan menyampaikan ucapan bersejarah di Parlimen Timor-Leste di Dili pada 24 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar akan mengadakan sidang media bersama media Malaysia pada 12.30 tengah hari, sebelum berangkat ke Istana Presiden bagi menyampaikan Syarahan Presiden dan menghadiri Majlis Penganugerahan pada 2 petang.

Dalam majlis di China Hall itu, Anwar akan dikurniakan Grand Collar of the Order of Timor-Leste, iaitu anugerah sivil tertinggi negara tersebut.

Perdana Menteri dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada 3.30 petang waktu tempatan, sekali gus mengakhiri lawatan rasmi dua hari — yang juga lawatan pertama oleh seorang pemimpin Malaysia ke Timor-Leste dalam tempoh 22 tahun.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *