Malaysia Boleh Menjadi Negara Hebat, Tangani Cabaran Secara Kolektif – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

SUBANG JAYA, 30 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Malaysia memiliki potensi besar untuk terus melonjak sebagai negara hebat susulan sambutan positif serta petunjuk pertumbuhan ekonomi yang amat menggalakkan ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

Menurut Perdana Menteri, bagaimanapun negara turut berdepan cabaran yang perlu ditangani secara kolektif dalam latar masa semasa serta berdepan dengan perkembangan ketidak tentuan politik global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, masa depan negara bergantung kepada pilihan rakyat sama ada untuk terus mara ke hadapan atau membiarkan negara mendatar dan merosot.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

“Negara boleh maju dan terserlah sebagai negara hebat, tetapi negara juga boleh mendatar atau merosot. Rakyat telah memilih untuk mencapai kemajuan yang membanggakan dan berjaya,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran ‘Cerita Malaysia Kita’, di Sunway Lagoon, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

Anwar berkata, kejayaan hanya mampu dicapai menerusi semangat berpasukan, sokongan antara satu sama lain serta kesediaan mengurangkan perbalahan dan sentimen kebencian berasaskan kaum serta agama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

“Ini bukan soal menang atau kalah. Usaha ini memerlukan penyertaan semua pihak dan komitmen untuk memastikan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak berjaya di negara ini, sambil menerima sokongan dan dorongan yang diperlukan,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan dua inisiatif utama iaitu koleksi khas Sunway Tiny Toys yang mengetengahkan ikon harian Malaysia sebagai cenderamata berinspirasikan warisan, serta Malaysia Attraction Passport (MAP) iaitu program menggalakkan penerokaan domestik melalui pengalaman interaktif merentasi empat tarikan utama mesra keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada pelancaran Cerita Malaysia Kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) di Surf Beach, Sunway Lagoon, Subang Jaya pada 30 Januari 2026. Foto PMO

Turut hadir Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *