Malaysia Akan Adakan Perbincangan Semula Antara Thailand-Kemboja – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025.

KUALA LUMPUR, 19 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Malaysia akan mengadakan perbincangan semula susulan ketegangan yang kembali tercetus antara Thailand dan Kemboja beberapa hari lalu.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri yang menyatakan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 sudah berhubung dengan kedua-dua pemimpin negara terbabit.

“Semalam saya bincang dengan Perdana Menteri Thailand dan Kemboja, semalam (perbincangan) kedua-duanya,” jawabnya ringkas selepas merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025. Foto Mohd Farid Mohd Khalid

Difahamkan hasil perbincangan antara kedua-dua pemimpin negara itu akan dimaklumkan selepas meneliti maklumat berkaitan daripada kedua-dua pihak.

Terdahulu, jurucakap tentera Thailand, Winthai Suvaree mendakwa, penduduk Kemboja yang terbabit dalam insiden keganasan sehari sebelumnya, telah mencetuskan kekecohan dengan sengaja serta ‘menceroboh’ wilayah Thailand secara haram.

Bagaimanapun pasukan pemantau sementara (IOT) meminta kedua-dua tentera bertenang sementara menyelesaikan isu sempadan melibatkan jarak sepanjang 817 kilometer yang merentasi dua negara jiran itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar juga telah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand, Anutin Charnvirakul pada Khamis mengenai situasi semasa di sempadan negara itu dengan Kemboja.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *