Dr Zaliha Bertindak Berani Kerana Benar Demi Kemakmuran Wilayah Persekutuan

Lai berkata, sejak dilantik, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa telah menunjukkan keseriusan dan komitmen tinggi dalam memastikan aspirasi Malaysia MADANI direalisasikan dengan standard yang cemerlang. Foto Facebook Lai Chen Heng

KUALA LUMPUR, 19 Sep – KEADILAN Cabang Wangsa Maju menyatakan sokongan penuh dan padu terhadap Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) kerana bertindak betul demi kemakmuran Wilayah Persekutuan.

Menurut Ketua Cabangnya, Lai Chen Heng, sebagai rakan seperjuangan dalam parti, beliau amat mengenali ketegasan dan profesionalisme beliau yang sentiasa berpegang teguh pada prinsip, satu sifat yang tersemat kukuh sejak beliau berkhidmat sebagai seorang doktor.

“Saya berkesempatan bekerja di bawah kepimpinan beliau, pertama sebagai Ahli Lembaga Pelawat Hospital semasa beliau menyandang jawatan Menteri Kesihatan, dan kini sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur setelah beliau diamanahkan untuk menerajui Wilayah Persekutuan.

Pendekatan Dr. Zaliha yang proaktif dalam menyatukan pelbagai lapisan masyarakat telah menjadikan Wilayah Persekutuan sebuah entiti yang inklusif, selari dengan aspirasi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Dr. Zaliha Mustafa

“Sejak dilantik, YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa telah menunjukkan keseriusan dan komitmen tinggi dalam memastikan aspirasi Malaysia MADANI direalisasikan dengan standard yang cemerlang. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memacu pembangunan Wilayah Persekutuan sebagai pintu gerbang utama negara.

“Setiap keputusan dan penyelarasan projek sentiasa diteliti secara rapi oleh beliau. Pendekatan beliau yang proaktif dalam menyatukan pelbagai lapisan masyarakat telah menjadikan Wilayah Persekutuan sebuah entiti yang inklusif, selari dengan aspirasi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,” ketanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada 18 September.

Lai menambah, sepanjanb dua tahun sembilan bulan berkhidmat di Wilayah Persekutuan, banyak pencapaian yang telah dicapai di bawah kepimpinan beliau. Antara yang paling menarik perhatian saya adalah pembentukan KL Strike Force di bawah naungan kementeriannya.

Kenyataan media Lai Chen Heng yang disiarkan di Facebook pada 18 September 2025 mewakili KEADILAN Cabang Wangsa Maju yang berdiri teguh di bawah kepimpinan Dr. Zaliha Mustafa. Foto Facebook Lai Chen Heng

“Melalui kapasiti saya sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, saya dapat menyaksikan sendiri keberkesanan penyelarasan operasi penguatkuasaan antara agensi yang berbeza, terutamanya dalam menangani isu-isu berkaitan warga asing dan struktur binaan haram.

“Amat mendukacitakan apabila terdapat tohmahan yang tidak berasas dilemparkan terhadap YB Datuk Seri Dr. Zaliha. Saya menghormati pandangan mana-mana pimpinan parti politik, termasuk YB Datuk Ghulam Muszaffar yang menjalankan peranannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan.

“Namun, saya percaya bahawa sebagai seorang pemimpin, lebih-lebih lagi seorang pemimpin wanita yang berjiwa besar, YB Datuk Seri Dr. Zaliha akan terus berani menghadapi sebarang serangan politik sempit,” ujarnya.

Lai percaya bahawa sebagai seorang pemimpin, lebih-lebih lagi seorang pemimpin wanita yang berjiwa besar, Dr. Zaliha akan terus berani menghadapi sebarang serangan politik sempit. Foto Facebook Dr. Zaliha Mustafa

Lai yakin rakyat kini lebih matang dan bijak menilai dan menolak politik sempit dan lebih mengutamakan kesejahteraan Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, kematangan rakyat Malaysia ini memberikan ruang yang lebih luas kepada Kerajaan Malaysia MADANI untuk melaksanakan agenda reformasi yang dicadangkan oleh KEADILAN.

“Sebarang “cadangan” yang datang dari rakan sekutu hanyalah “ribut dalam cawan” berbanding agenda yang jauh lebih signifikan, iaitu memakmurkan negara.

Sifat keibuan yang mengalir dalam diri Dr. Zaliha jelas terserlah dengan terus menyantuni setiap golongan di mana sahaja program atau acara tanpa mengira waktu walaupun bergelar sebagai seorang menteri persekutuan. Foto Facebook Dr. Zaliha Mustafa

“KEADILAN Cabang Wangsa Maju berdiri teguh bersama YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dalam merealisasikan visi Wilayah Sejahtera, Rakyat Makmur, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Kita berani, kerana kita benar. Wangsa Maju Bersamamu,” ujarnya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *