Malaysia Utamakan Produk Halal Jadi Model Ekonomi Sejagat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025. Foto Mohd Farid Mohd Khalid

KUALA LUMPUR, 19 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan terus mengutamakan produk halal sebagai model ekonomi sejagat dan menjadikannya sebahagian daripada perbincangan dua hala antara pemimpin.

Berucap ketika merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini, Perdana Menteri berkata, ketika ini pemacu pertumbuhan industri halal adalah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kita mempunyai hampir 10,000 syarikat yang mana lebih 80 peratus membabitkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sudah diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan pematuhan mereka terhadap standard halal yang menyeluruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global (GHaS) 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Oleh itu, kerajaan MADANI akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkukuh peranan dan kedudukan mereka dalam pasaran global,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Untuk rekod, perdagangan produk halal dan perkhidmatan berasaskan halal telah menjana sumbangan besar kepada ekonomi negara sejak standard pensijilan halal diperkenalkan pada 2003.

Jumlah eksport produk halal Malaysia pada tahun 2024 ialah RM61.79 bilion, meningkat 15% daripada RM53.72 bilion pada 2023 ketika diumumkan pada April 2025 lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *