Malaysia. Afrika Selatan Sepakat Perluas Dagang Selain Teroka Pasaran BRICS – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa sempena lawatan rasmi ke Malaysia menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Putrajaya pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 25 Okt – Platform antarabangsa seperti BRICS boleh dimanfaatkan Malaysia dan Afrika Selatan yang bersetuju memperkukuh dan memperluas dagangan antara satu sama lain dalam masa sama meneroka pasaran baharu menerusi gabungan itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Afrika Selatan mempunyai kedudukan istimewa dan pengaruh besar terutama dalam bidang pertahanan, pertanian dan industri berasaskan sumber.

“Kami berbesar hati untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam sektor-sektor seperti minyak sawit, semikonduktor, halal, pertanian moden, pendidikan, penyelidikan universiti dan sains.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa sempena lawatan rasmi ke Malaysia menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Putrajaya pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

”Kedua-dua pihak akan meneliti dan menyelaras langkah-langkah susulan agar hasilnya dapat dirasai oleh rakyat kedua-dua negara,” katanya pada sidang akhbar bersama Presiden Afrika Selatan, Matamela Cyril Ramaphosa di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini.

Katanya, Malaysia kini mengambil pendekatan lebih terbuka dan aktif terutama dalam memperkukuh perdagangan intra-ASEAN serta memberi tumpuan kepada pasaran Asia dan melalui platform BRICS, Malaysia komited untuk memperkembangkan hubungan perdagangan dengan benua Afrika dan Amerika Latin.

Sementara itu, Ramaphosa berkata, beliau mengakui wujud keperluan untuk memperluas peluang perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Afrika Selatan terutama dalam suasana ketegangan geopolitik dan cabaran global ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa sempena lawatan rasmi ke Malaysia menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Putrajaya pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Kedua-dua negara setuju memperluas kerjasama serta membuka ruang baharu dalam sektor strategik termasuk semikonduktor, halal, pertanian dan pertahanan.

Langkah itu selaras dengan strategi Malaysia untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan rakan baharu sambil mengekalkan perjanjian sedia ada, di samping memperluas fokus ekonomi melalui kerjasama dalam rangka BRICS serta rantau Afrika dan Amerika Latin.

“Kedua-dua pihak bersetuju bahawa kita perlu memperkukuh kerjasama. Strategi Malaysia adalah memperluas jalinan dengan rakan dagang baharu sambil mengekalkan perjanjian sedia ada,” ujarnya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *