PM Anwar Terima Kunjungan Hormat Presiden FIFA Di Putrajaya Hari Ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden FIFA, Gianni Infantino di Putrajaya pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 25 Okt – Kesibukan menerima ketibaan pemimpin dari serata dunia tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menerima kunjungan hormat Presiden FIFA, Gianni Infantino, di sini, hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Infantino diiringi Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengadakan pertemuan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan membuka tirainya esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden FIFA, Gianni Infantino di Putrajaya pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kami turut menyentuh mengenai Perjanjian Pembangunan Bola Sepak ASEAN-FIFA yang merupakan satu langkah strategik membuka lembaran baharu ke arah menjadikan rantau ini sebagai kuasa bola sepak yang disegani di peringkat global,” katanya.

Tambah Anwar, Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan bola sepak melalui peningkatan kemudahan, latihan berstruktur serta kerjasama strategik bersama FIFA sebagai langkah penting untuk melahirkan generasi baharu pemain berbakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden FIFA, Gianni Infantino di Putrajaya pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia juga katanya, akan memperkukuh ekosistem sukan profesional dan mengangkat nama negara sebagai hab pembangunan bola sepak serantau.

Manakala Infantino juga menzahirkan penghargaan kepada Anwar dan Kerajaan Malaysia atas sokongan penuh terhadap pembangunan dan meningkatkan mutu bola sepak terutama penyertaan aktif negara dalam pusingan kelayakan Piala Dunia.

Sempena kunjungan itu juga, Infantino turut menyerahkan jersi FIFA nombor 10 tertera nama Anwar sebagai cenderahati atas kepimpinan beliau selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden FIFA, Gianni Infantino di Putrajaya pada 25 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *