Mahmoud Ahmadnejad Serah Borang Pencalonan Pilihan Raya Presiden Iran

Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadnejad menunjukkan borang pencalonan bagi bertanding pada pilihan raya presiden. Foto Facebook UTV News - English

TEHRAN, 2 Jun – Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadnejad mendaftar pencalonannya pada pemilihan presiden bulan ini, lapor agensi media negara berkenaan.

Iran bakal mengadakan pilihan raya pada 28 Jun ini bagi menggantikan allahyarham Presiden Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lepas.

Ahmadnejad yang pernah menggalas jawatan Presiden selama dua penggal iaitu dari 2005 sehingga 2013 diingati kerana keberaniannya tidak tunduk kepada tekanan Barat berhubung program Nuklear Iran dan kenyataan kerasnya terhadap ‘Holocaus’ dan Israel.

Pencalonan berkenaan perlu mendapat kelulusan Majlis Penjaga Iran sebuah badan yang didominasi golongan konservatif daripada 12 ahli perundangan yang memeriksa kelayakan semua calon untuk jawatan awam.

Ahmadinejad sebelum ini telah hilang kelayakan daripada menyertai pemilihan presiden pada pilihan raya 2017 dan 2021.

Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadnejad menunjukkan borang pencalonan bagi bertanding pada pilihan raya presiden. Foto Facebook UTV News – English

“Saya yakin semua masalah negara boleh diselesaikan dengan menggunakan kapasiti negara secara maksimum,” katanya selepas mengemukakan pencalonan di Kementerian Dalam Negeri pada Ahad.

Tokoh terkemuka lain termasuk bekas speaker sederhana Parlimen Ali Larijani dan bekas Perunding Nuklear Ultrakonservatif, Saeed Jalili juga telah mendaftarkan pencalonan.

Majlis Penjaga akan mengumumkan senarai akhir calon pada 11 Jun ini. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *