Chile Sertai Afrika Selatan Tuntut Israel Ikut Keputusan ICJ

Presiden Chile Gabriel Boric pada Sabtu mengumumkan bahawa negaranya akan menyertai Afrika Selatan dalam tuntutan mahkamah terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Foto Reuters
RAMALLAH, 2 Jun – Presiden Chile Gabriel Boric pada Sabtu mengumumkan bahawa negaranya akan menyertai Afrika Selatan dalam tuntutan mahkamah terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Dalam ucapan kepada Kongres, Boric berkata: “Chile telah memutuskan untuk menyokong dan menyertai tuntutan yang difailkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di bawah Konvensyen mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid.
Pada 29 Disember 2023, Afrika Selatan memfailkan kes terhadap Israel, memetik penglibatannya dalam “tindakan genosid” terhadap rakyat Palestin di Gaza, satu langkah yang disokong oleh puluhan negara, menandakan duluan bersejarah dalam konflik Palestin-Israel.
Sementara tiga negara Eropah iaitu Ireland, Norway dan Sepanyol sudah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bagi membolehkan polisi ‘dua negara’ dikuatkuasakan menggunakan sempadan tahun 1967 sebagai asas.
Satu lagi negara di benua itu, Slovenia dijangka akan melakukan tindakan serupa dalam masa terdekat setelah mendapat kelulusan parlimen republik itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
