Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Serta Merta

Amir Hamzah menjalankan tugas-tugas Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Ia susulan peletakan jawatan bekas menteri berkenaan yang berkuat kuasa pada 17 Jun lepas.
Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata perkara itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Jun lepas.
“Tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.
Untuk rekod, bekas menteri ekonomi itu tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti di tangan Nurul Izzah Anwar dan mengumumkan peletakan jawatannya beberapa hari kemudian.
Selain beliau, seorang lagi menteri bakal mengikut jejak langkahnya pada 4 Julai ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

