Lori Langgar Enam Kenderaan, Trafik Sesak 14 Kilometer

Keadaan lori yang terlibat kemalangan dengan enam kenderaan lain di Kilometer 234.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara antara Kuala Kangsar dan Changkat Jering, pada 31 Julai 2025.
KUALA KANGSAR, 31 Jul – Sebuah lori muatan daging terlibat dalam kemalangan dan melanggar enam kenderaan lain di Kilometer 234.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.
Difahamkan, kemalangan berlaku selepas lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu hilang kawalan lalu melanggar belakang enam lagi kenderaan dari arah sama.
Nahas sekitar pukul 11 pagi antara Kuala Kangsar dan Changkat Jering itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan, kemalangan itu mengakibatkan kesesakan bagi kedua-dua arah apabila laluan arah utara ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan.
“Laluan arah utara sesak14 kilometer, manakala selatan sejauh 13km. Setakat pukul 4.13 petang ini, laluan arah utara masih ditutup berikutan kerja-kerja pengalihan kenderaan sedang dijalankan.
“Laluan kontra masih diaktifkan di lokasi. Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pengawal dan papan tanda trafik di lokasi kejadian selain menggunakan laluan alternatif,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
