Keadaan Perodua Bezza yang dinaiki lima sekeluarga yang maut dipercayai dirempuh Toyota Alphard di Jerantut pada 7 Jun 2025.

JERANTUT, 7 Jun – Lima sekeluarga termasuk empat beradik maut selepas kereta jenis Perodua Bezza dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard di Kilometer 7 Jalan Jerantut – Maran di sini tengah malam tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Mohamad Ikmal Ishak, 26, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar,23, serta tiga adik beradik Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar,21, Mohamad Azizul Hakimi Aziz Jaafar, 19, dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17.

Difahamkan kesemua mangsa yang maut dalam perjalanan dari Bota, Perak ke Jerantut.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu berlaku ketika MPV dalam perjalanan dari Maran menghala ke bandar Jerantut.

“Semasa sedang bergerak lurus apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kereta jenis Perodua Bezza membuat pusingan U di persimpangan secara mengejut dan berlaku perlanggaran antara kedua-dua kenderaan itu.

“Akibat kemalangan ini pemandu dan empat penumpang kereta jenis Perodua Bezza meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *