Aidiladha Tenangkan Jiwa, Suburkan Nilai Kemanusiaan Sejagat – Andre Lai

Setiap pengorbanan harus membawa keadilan, setiap penyerahan diri harus menghasilkan kebaikan kolektif, jelas Andre Lai. Foto Facebook Andre Lai

PENDAPAT, 7 Jun – Salam Aidil Adha, dan Salam Reformasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Di hari yang penuh bermakna ini, dengan penuh rasa hormat, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di negara kita. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa ketenangan jiwa dan mendekatkan kita kepada nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

Sebagai seorang yang bukan beragama Islam namun saya menghormati kepercayaan semua rakyat melalui kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang mengandungi hikmah yang sangat dalam.

Dalam konteks zaman moden, semangat pengorbanan ini menemui bentuknya yang kontemporari. Misalnya, kita melihat kesabaran warga pendidik berkorban tenaga demi pendidikan anak bangsa, ketabahan petani serta nelayan yang menjadi nadi kemampanan makanan negara serta dedikasi pasukan pertahanan dan penyelamat yang menjaga ketenteraman negara.

Begitu juga kesungguhan para penjawat awam dan pemimpin yang ikhlas memantapkan pentadbiran negara. Inilah antara elemen pengorbanan dalam zaman moden yang patut dihargai dan dimuliakan.

Semangat Reformasi yang kita laungkan bersama menemui erti perjuangan dalam konteks Aidiladha – bahawa setiap pengorbanan harus membawa keadilan, setiap penyerahan diri harus menghasilkan kebaikan kolektif.

Sebagaimana ibadah korban mengajar kita untuk berkongsi rezeki dengan yang memerlukan, maka sistem pemerintahan kita juga harus berpaksikan prinsip yang sama – keadilan sosial dan ekonomi yang inklusif berpaksikan keadilan untuk semua.

Sebagai pemimpin, harus mempunyai iltizam yang tinggi bagi memastikan setiap pengorbanan rakyat tidak sia-sia. Kita akan terus memperjuangkan tadbir urus yang telus, sistem yang adil dan masyarakat yang bersatu padu – kerana hanya dengan cara ini, pengorbanan kita semua akan bermakna. Pengorbanan mereka atas nama Reformasi lah, menjadi asas kepada Malaysia MADANI hari ini.

Selamat Hari Raya Aidiladha saya ucapkan buat kesekian kalinya kepada semua. Semoga semangat pengorbanan suci ini menyatukan kita semua dalam membina negara yang lebih adil dan bermakna. Salam Malaysia MADANI, Salam Reformasi.

LAI CHEN HENG
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *