Lima Insentif Buat Penjawat Awam Serlah Keprihatinan Kerajaan MADANI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 18 Ogos – Pengumuman lima insentif yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya baru-baru ini menyerlahkan keprihatian beliau terhadap kelangsungan penjawat awam termasuk kepada para pesara.

Langkah ini yang disifatkan satu perubahan terhadap ekosistem penjawat awam dilakukan memasuki tahun ketiga Kerajaan MADANI bagi memperkasa serta memulihkan imej penjawat awam yang selama ini tidak dihiraukan pentadbiran terdahulu.

Antara insentif yang diumum Perdana Menteri merangkumi pemberian insentif akademik kepada penjawat awam, penambahbaikan skim perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, pemerkasaan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), pelanjutan program APEL.Q dan pemansuhan syarat cuti haji, demi meningkatkan kesejahteraan anggota perkhidmatan awam serta memperkukuh kecekapan perkhidmatan negara.

Berikut merupakan ringkasan lima insentif bagi penjawat awam secara sepintas lalu:

1. Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) untuk Pegawai Awam

Insentif kewangan sekali sepanjang perkhidmatan bagi pegawai yang menamatkan pengajian menggunakan perbelanjaan sendiri.

Kadar: RM1,250 (PhD), RM1,000 (Sarjana), RM750 (Ijazah Sarjana Muda), RM500 (Diploma/setaraf).

Melibatkan bajet RM75.7 juta untuk manfaat 91,672 pegawai awam merentasi semua skim perkhidmatan.

2. Penambahbaikan Skim Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Kelayakan masuk skim Askar-Lasykar Angkatan Tetap ATM (Gred Z1 – Tugas Khusus) diperluas kepada tujuh kelayakan pelbagai seperti Kor Perubatan, Kor Agama dan Kor Kejuruteraan.

Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) kini meliputi Sarjan (Gred Z4) dan Staf Sarjan (Gred Z5).

Tempoh perkhidmatan untuk kelayakan BIPs dipendekkan daripada enam tahun kepada empat tahun, memberi manfaat kepada 3,789 anggota dengan implikasi RM6.47 juta setahun mulai 1 Januari 2026.

3. Peruntukan RM3 Juta Memperkasa INTAN
RM1 juta untuk peningkatan kapasiti pegawai awam dalam bidang baharu seperti AI, blockchain dan PQC.

RM1 juta untuk menjadikan INTAN pusat rujukan tadbir urus, modal insan, penyampaian perkhidmatan dan kerjasama awam-swasta.

RM1 juta untuk penerbitan INTAN Country Report setaraf laporan OECD dan World Bank.

4. Program APEL.Q Diteruskan untuk Tahun 2026

 

Bantuan yuran pengajian sehingga 50 peratus atau maksimum RM15,000.

 

Peruntukan RM1.5 juta bagi membolehkan penjawat awam melanjutkan pengajian melalui pengiktirafan pembelajaran terdahulu.

5. Pemansuhan Syarat Pengesahan Perkhidmatan untuk Cuti Haji

Penjawat awam tetap kini boleh memohon cuti haji tanpa perlu memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

Langkah ini diambil kerana giliran untuk menunaikan haji mengambil masa yang panjang.

Kesemua langkah ini sebarusnya membuka minda penjawat awam meningkatkan produktiviti, menambah bidang kepakaran sedia ada serta memastikan perkhidmatan penyampaian kerajaan lebih berdaya saing sama ada dari segi kementerian atau agensi yang berada di bawah kawalan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sesungguhnya rakyat malah Perdana Menteri sendiri mahukan penjawat awam lebih cergas bekerja dalam meningkatkan kecekapan pentadbiran sejajar dengan peningkatan gaji yang diumum tahun lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *