Ketua Jabatan Diminta Serah Laporan Awal Cabaran Pelaksanaan AI – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Ogos 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya pada 18 Ogos 2025. Foto Bernama

PUTRAJAYA, 18 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersama semua ketua jabatan kerajaan meneliti secara mendalam cabaran pelaksanaan teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk fenomena ‘AI Productivity Paradox’.

Menurut Perdana Menteri, meskipun pelaburan dalam teknologi digital dan AI telah menelan belanja besar sehingga mencecah puluhan bilion ringgit dalam tempoh lima tahun, peningkatan produktiviti dan hasil sebenar dibimbangi tidak berlaku dengan cepat atau sebesar yang dijangka.

“Saya minta dalam tempoh dua minggu atau sebulan, KSN dan semua ketua jabatan renung dan beri jawapan awal. Kita tidak mahu ulangi kesilapan yang dialami oleh syarikat-syarikat gergasi dunia,” katanya berucap pada perjumpaan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Ogos 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya pada 18 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar menjelaskan fenomena ‘productivity paradox’, di mana jangkaan tinggi terhadap keberkesanan AI tidak selari dengan hasil sebenar telah diperhatikan dalam pelbagai laporan seperti kajian McKinsey, pengalaman JP Morgan dan eksperimen di Denmark melibatkan 5,000 kakitangan.

“AI boleh menjimatkan masa dan urusan, tapi hanya 3%-7% kesannya benar-benar memberi pulangan atau hasil yang nyata. Malah ada jabatan, bila guna teknologi kononnya jadi ‘paperless’, akhirnya ‘paper more’,” selorohnya.

Beliau juga memberi amaran agar tidak berlaku ketaksuban terhadap AI tanpa penilaian yang kukuh, sambil menegaskan keperluan kepada tadbir urus data yang telus, pengawasan berterusan dan penilaian hasil berasaskan indikator jelas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada perjumpaan bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Ogos 2025 di Puspanitapuri, Putrajaya pada 18 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita tidak mahu AI ini jadi alat untuk menutup kelemahan atau melanjutkan budaya rasuah dan komisen. Prinsipnya adalah ketelusan dan keberkesanan. Kalau belanja berbilion tapi hasil tak ke mana, apa gunanya?” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *