Kes Zara: Kematian Tak Babit Cucu TYT, Isteri Menteri – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengemukakan Kenyataan Menteri di Dewan Rakyat pada 18 Ogos 2025. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, siasatan polis terhadap kematian Zara Qairina Mahathir, 13, mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.
Menteri Dalam Negeri berkata, dapatan itu adalah berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil.
Katanya, siasatan turut tidak menemui mangsa meninggal dunia akibat didera dalam mesin basuh seperti didakwa netizen dipercayai seorang guru bahasa Inggeris.
“Siasatan kita menyeluruh dan terperinci. Kali pertama isu ini dibangkitkan oleh ahli Parlimen pada 30 Julai lalu, sudah timbul beberapa kenyataan seperti (pelaku) yang terbabit adalah cucu kepada TYT, pengetua adalah isteri menteri dan cara mati didera di mesin basuh.
“Keadaan sudah jadi toksik seperti itu sekali.
“Bagaimanapun, siasatan polis tidak menemui semua itu. Tiada hasil keterangan 195 saksi, tidak ada sama sekali,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

