‘Lim Kuan Yew’: Saman Tiga Pemimpin DAP Terhadap Siti Mastura Bermula 2 September

Poster pembodohan Siti Mastura kononnya Lim Kit Siang dan ‘Lim Kuan Yew’ adalah sepupu yang tular di media sosial sejak November tahun lalu. Foto BFM News

KUALA LUMPUR, 16 FebMahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan tarikh perbicaraan saman yang dikemukakan tiga pemimpin DAP terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad akan mula didengar pada September tahun ini.

Ahli Parlimen Bagan yang juga Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bersama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyaman Siti Mastura berhubung ucapan dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman tahun lepas.

Peguam yang mewakili tiga pemimpin itu, Datuk N Sankara Nair berkata, mahkamah menetapkan perbicaraan selama enam hari bermula 2, 3, 17, 18, 19 dan 20 September ini.

Manakala tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 15 Mei ini bagi semua pihak mengemaskini dokumen perbicaraan sebelum mulanya prosiding.

Ketiga-tiga plaintif turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Mohamad Hakim Faharmi Hassan mewakili Siti Mastura selaku defendan.

Poster pembodohan Siti Mastura kononnya Lim Kit Siang dan ‘Lim Kuan Yew’ adalah sepupu yang tular di media sosial sejak November tahun lalu. Foto BFM News

Dakwa mereka, Siti Mastura telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Menerusi writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Menurut plaintif, kenyataan Siti Mastura juga mengandungi butiran bahawa mereka adalah musuh negara serta tidak mempunyai kesetiaan kepada Raja dan negara selain warganegara yang tidak setia dan mengamalkan ideologi terlarang.

Saman Fitnah: Mahkamah Tinggi Arah Siti Mastura Fail Pembelaan

Plaintif mendakwa kenyataan itu turut mengandungi butiran bahawa mereka membawa ancaman kepada keselamatan negara selain dakwaan mereka adalah sebahagian daripada agenda ‘Klan Lim’ untuk membentuk sistem karde, iaitu istilah yang biasa digunakan dalam struktur parti komunis, oleh DAP bagi menyebarkan ideologi dan falsafah komunis di negara ini.

Ketiga-tiga ahli politik menegaskan bahawa dakwaan defendan adalah tidak berasas, palsu serta berniat jahat kerana sengaja mengaitkan mereka dengan parti komunis dan Chin Peng.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *