Mesyuarat NACCOL Akan Putuskan Harga Kawalan Beras Minggu Depan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau harga barangan pada Program Jualan Termurah MADANI di Lembah Makanan, Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini. Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 16 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu harga kawalan beras akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.

Beliau berkata, mesyuarat yang sepatutnya bersidang lebih awal, ditangguhkan ke minggu depan bagi memasukkan hal yang lebih mendesak seperti harga kawalan beras.

“Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.

“Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan ‘orang tengah’ agar tidak mengambil keuntungan terlalu tinggi kerana ini akan menyebabkan harga di pasaran melambung.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *