Lelaki Warga Asing Ditahan Disyaki Suspek Kes Pecah Rumah

Suspek kes pecah rumah warga asing ditahan dalam operasi yang dijalankan Polis Tawau setelah menerima laporan.
TAWAU, 31 Jul – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melakukan jenayah pecah rumah di Kampung Blok 31, Jalan Apas, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung rumahnya dipecah masuk pada 4 Julai lalu.
Katanya, mangsa mendapati pintu belakang rumahnya dipecahkan oleh orang yang tidak kenali, sebelum membuat laporan polis.
“Terdapat beberapa barang milik mangsa hilang termasuklah televisyen, telefon bimbit dan tabung duit yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM2,000.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah digerakkan untuk menjalankan siasatan dan operasi mencari suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, selepas beberapa hari operasi dijalankan, pasukan polis berjaya menahan seorang suspek warga asing berusia 24 tahun di sebuah rumah di Kampung Blok 31, Jalan Apas, Tawau.
“Siasatan terhadap suspek terbabit masih lakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Jasmin berkata, pihaknya sedang aktif menjalankan operasi yang berkonsepkan ‘agresif policing’ dalam usaha menangani kes jenayah dan aktiviti dadah berbahaya di daerah ini.
“Ia bagi meningkatkan keyakinan masyarakat dalam memastikan keselamatan sentiasa terjamin melalui pencegahan jenayah,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

