Lelaki Mesir Dicekup Guna Pasport Palsu

Seorang lelaki Mesir yang ditahan selepas menggunakan pasport palsu di Bahagian Visa, Pas dan Permit Kompleks Imigresen Kelantan, Kota Bharu pada 17 Julai 2025. Foto JIM Kelantan
KOTA BHARU, 18 Jul – Seorang lelaki warga Mesir dicekup selepas didapati menggunakan pasport palsu semasa memohon lanjutan Pas Lawatan Jangka Panjang di Bahagian Visa, Pas dan Permit Kompleks Imigresen Kelantan di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, semakan pasport Mesir yang dikemukakan oleh lelaki berusia 28 tahun semasa di kaunter untuk memohon lanjutan pas pasangan kepada warganegara didapati sudah tinggal lebih masa melebihi dua tahun.
Menurutnya, suspek juga mengemukakan satu pasport yang baharu, namun sama dengan nombor pasportnya yang lama.
“Lelaki itu kemudian dicekup selepas disyaki mengemukakan pasport Mesir yang palsu.
“Suspek ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 (1) (a) Akta Pasport 1966,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
