18 Maut Lombong Emas Runtuh Di Colombia

Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lombong “El Miñon” yang runtuh di kawasan pedalaman Remedios, dalam wilayah Antioquia, Colombia. Foto AFP

REMEDIOS, 18 Jul – Seramai 18 pelombong dilaporkan terperangkap selepas berlaku kemalangan serius di sebuah lombong emas di barat laut Colombia, menurut kenyataan kerajaan semalam.

Kementerian Perlombongan dan Tenaga memaklumkan bahawa pelombong itu dipercayai masih hidup, namun tidak memperincikan punca kejadian.

Menterinya, Edwin Palma, menerusi platform X berkata, semua protokol kecemasan sudah diaktifkan bagi mengesan mangsa yang terbabit.

Wakil Persatuan Pelombong Tempatan, Yarley Erasmo Marin, memberitahu AFP bahawa ‘kegagalan mekanikal’ menyebabkan runtuhan struktur yang dibina bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh, sekali gus menutup laluan utama keluar dari lombong berkenaan.

Datuk Bandar Remedios dalam mesej kepada kerajaan menyatakan bahawa ‘berkemungkinan’ lombong berkenaan diteroka secara haram.

Gambar yang dikongsikan oleh Agensi Perlombongan Kebangsaan Colombia menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan lampu suluh ketika menjalankan operasi pencarian.

Wilayah Antioquia sememangnya terkenal dengan aktiviti perlombongan sejak sekian lama.

Emas yang dilombong di kawasan ini turut dipercayai digunakan untuk membiayai kumpulan bersenjata seperti Gulf Clan, iaitu satu kartel yang turut terbabit dalam penyeludupan kokain.

Insiden kemalangan di lombong arang batu adalah perkara lazim di Colombia, khususnya di kawasan tengah negara itu yang sering meragut puluhan nyawa setiap tahun.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *