Lelaki Maut Kereta Terbabas Ke Dalam Gaung 30 Meter

Pasukan bomba menaikkan mayat mangsa menggunakan stretcher sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto JBPM Sarawak

KUCHING, 2 Jun – Seorang penumpang maut, manakala pemandu tidak mengalami kecederaan selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung dengan kedalaman kira-kira 30 meter di Kampung Batu Kepit Bukit Punda, Simunjan, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.49 petang.

Katanya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan segera bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, mereka mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Kenari jatuh ke dalam gaung dengan anggaran jarak 30 meter dari paras jalan raya,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya juga, penumpang tersebut iaitu Richman Nyawan, 53, disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala pemandu yang juga berusia 53 tahun tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa jelasnya, dinaikkan menggunakan stretcher telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah operasi selesai dan memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *