Lelaki Indonesia Cedera Parah Akibat Kaki Tersepit

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari trak angkat susun yang menghempap warga Indonesia pada Jumaat. Foto JBPM
KUCHING, 8 Nov – Seorang lelaki warga Indonesia mengalami kecederaan parah di kaki setelah tersepit pada trak angkat susun hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kejadian berlaku di sebuah kilang di Jalan Bako dan pihaknya menerima laporan pada jam 4.20 petang.
Menurutnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
“Setibanya di lokasi, didapati kaki kiri mangsa yang tersepit di forklift (trak angkat susun) telah berjaya dikeluarkan oleh pekerja kilang tersebut.
“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.
Pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas selesai operasi di lokasi kejadian.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

