Lebih 7,600 Anggota KEADILAN Terengganu Mengundi Hari Ini

Ahmad Nazri Mohd Yusof berkata, daripada jumlah itu, Besut merekodkan pengundi tertinggi iaitu 2,428 orang.

KUALA TERENGGANU, 18 Apr – Memasuki minggu kedua dan terakhir Pemilihan KEADILAN 2025 hari ini dimulakan dengan seramai 7,685 anggota di Terengganu yang layak mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka untuk pemilihan parti itu di negeri itu.

Pengerusi KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Mohd Yusof berkata, daripada jumlah itu, Besut merekodkan pengundi tertinggi iaitu 2,428 orang diikuti Kemaman (1,473 orang), Setiu (1,251 orang), Kuala Terengganu (761 orang), Dungun (718 orang), Hulu Terengganu (700 orang) dan Kuala Nerus (354 orang).

Katanya, proses pengundian dijadualkan berakhir pada pukul 5 petang ini melibatkan tujuh cabang kecuali Marang yang tidak mengadakan sebarang pemilihan bagi sesi kali ini.

“Seramai 7,240 atau 94.2 peratus ahli memilih kaedah pengundian secara dalam talian. Bakinya iaitu 5.8 peratus pula memilih untuk hadir ke tiga pusat pengundian fizikal yang disediakan di seluruh negeri,” katanya.

Beberapa pusat mengundi fizikal disediakan antaranya di Manor Beach Resort bagi anggota cabang Besut dan Setiu sementara bagi anggota di cabang Dungun dan Kemaman, mereka boleh mengundi di Bilik Seminar Kemaman.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *