Perkasa Peranan, Kebajikan Veteran ATM Antara Fokus Halim Di Cabang Pendang

Ketua Cabang KEADILAN Pendang Dato’ Halim Khomiza (tengah) bergambar bersama veteran ATM pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Sungai Durian, Pendang pada 17 April 2025. Foto Azizan

PENDANG, 18 Apr – Ketua Cabang KEADILAN Pendang, Dato’ Halim Khomiza menegaskan bahawa memperkasa peranan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara fokus utama beliau selain hal ehwal kebajikan bekas anggota tentera.

Beliau percaya bahawa jasa dan pengorbanan para veteran tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara perlu dihargai bukan sahaja melalui sambutan hari angkatan tentera setiap tahun, tetapi juga melalui tindakan nyata dalam bentuk sokongan berterusan.

Ketua Cabang KEADILAN Pendang Dato’ Halim Khomiza ketika berucap pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Sungai Durian, Pendang pada 17 April 2025. Foto Azizan

“Saya berhasrat untuk memperjuangkan hak dan keperluan golongan ini, termasuk isu pencen, perumahan, kesihatan dan peluang kerjaya bersesuaian selepas bersara secara berperingkat menerusi Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM).

“Melalui kerjasama dengan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) termasuk PVPNM, saya ingin mewujudkan program tertentu termasuk peluang dalam bidang keusahawanan bagi membantu para veteran menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas perkhidmatan,” katanya selepas ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Sungai Durian, dekat sini pada Khamis.

Ketua Cabang KEADILAN Pendang Dato’ Halim Khomiza ketika berucap pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Sungai Durian, Pendang pada 17 April 2025. Foto Azizan

Para veteran tentera yang hadir turut mengucapkan tahniah kepada Dato’ Halim kerana dipilih sebagai Ketua Cabang KEADILAN Pendang yang baharu usai Pemilihan KEADILAN yang diadakan pada 11 April lepas.

Tambah Halim, beliau juga mahu melihat lebih ramai veteran ATM terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan komuniti bersama-sama KEADILAN Cabang Pendang sebagai aset penting dalam membina semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Ketua Cabang KEADILAN Pendang Dato’ Halim Khomiza (tengah) bergambar bersama veteran ATM pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Sungai Durian, Pendang pada 17 April 2025. Foto Azizan

Beliau percaya bahawa dengan menghargai dan memperkasa golongan veteran, KEADILAN Cabang Pendang dapat menzahirkan prinsip perjuangan parti yang sentiasa mendahulukan rakyat serta menghormati jasa perwira negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *