Ewon Akan Letak Jawatan Menteri Koperasi

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengesahkan akan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan menerusi hantaran di Facebook pada 8 November 2025.
KUALA LUMPUR, 8 Nov – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mengesahkan akan meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet Persekutuan.
Perkara itu dimaklumkan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu melalui satu muat naik di Facebook Ewon Benedick Official Media sebentar tadi.
“Saya akan mengutus surat kepada Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai anggota Kabinet Persekutuan.
” Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas ruang kebersamaan dalam Kabinet Persekutuan yang mana telah menjadi ruang untuk saya perjuangkan prinsip berkaitan dengan hak-hak Sabah,” katanya.
Ewon merupakan ahli parlimen Penampang yang menewaskan calon Parti Warisan Sabah (PWS) Darell Leiking pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, November 2022.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

