Lapan Rumah Terbakar, Semua Penghuni Sempat Selamatkan Diri

Antara rumah yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bakalau, Beaufort, petang tadi. Foto Bomba
BEAUFORT, 21 Feb – Lapan rumah di Kampung Bakalau, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selepas penghuni rumah sempat keluar menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 petang.
Katanya, operasi memadam kebakaran dilaksanakan sepasukan anggota dari BBP Beaufort dengan bantuan dari BBP Kimanis.
“Kebakaran membabitkan lapan rumah kediaman jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran, empat pancutan dan satu aliran paip dengan sumber air yang diperoleh dari air terbuka iaitu sungai berhampiran,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, operasi berjaya dikawal jam 6.11 petang dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
