Kuala Lumpur Masih Selamat Dan Boleh Dikunjungi – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Warung Nasi Kandar Masjid Kubang Semang. Foto Bernama

PERMATANG PAUH, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kuala Lumpur masih selamat dan boleh dikunjungi.

Sehubungan itu orang ramai dan pelancong asing tidak perlu gusar dan bimbang untuk ke ibu negara.

Beliau berkata, pemantauan secara teliti terus dilaksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Warung Nasi Kandar Masjid Kubang Semang.

“Berkenaan tanah mendap itu, kajian teknikal insiden tanah mendap di Jalan Masjid India telah dibuat. Jadi tidak ada masalah. Cuma kawasan yang perlu diperkukuh kita akan laksanakan segera.

“…dan saya telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Musatafa untuk memantau setiap hari perkembangan itu. Setakat ini belum ada kekurangan,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama warga pendidik selepas berucap pada perasmian program Kunjungan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai pada Jumaat. Foto Facebook Pejabat Tanah Seberang Perai

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Solat Jumaat di Masjid Kubang Semang di sini.

Terdahulu Anwar melawat warga pendidik pada perasmian program kunjungan mesra di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *