Negara Tercemar Jika Tidak Kuasai Ilmu, Prinsip Kebenaran – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada program Kunjungan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai pada Jumaat. Foto Bernama

SEBERANG PERAI, 30 Ogos – Negara tercemar sekiranya rakyat tidak menguasai ilmu sebaik mungkin dan gagal menyemai nilai, akhlak serta prinsip kebenaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua aspek penting itu perlu dititikberatkan bagi mengelak kegagalan tatakelola dan penyalahgunaan kuasa rasuah yang berlaku di negara ini.

Menurutnya, disebabkan itu pendidikan tidak boleh ditinggalkan dan perubahannya kini amat mendesak.

“Selalu saya tekankan, tugas kita adalah menimba ilmu dalam pelbagai bidang terutama kokurikulum dan bacaan yang luas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama warga pendidik selepas berucap pada perasmian program Kunjungan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam, Seberang Perai pada Jumaat. Foto Facebook Pejabat Tanah Seberang Perai

“Sebab itu pendidikan tidak boleh ditinggalkan. Pertama, menimba ilmu sebanyak mungkin dan kedua, menyemai nilai akhlak dan kebenaran.

“Dua aspek ini penting dan tidak boleh ditinggalkan, menyebabkan negara kadang-kadang tercemar dengan salah tatakelola, penyalahgunaan kuasa rasuah. ini kerana menimba ilmu tidak menerapkan nilai akhlak dan prinsip kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada program Ramah Mesra Bersama Masyarakat di Warung Nasi Kandar Masjid Kubang Semang.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Pada sesi lawatan tersebut, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan bagi permohonan pembinaan surau di sekolah berkenaan iaitu sebanyak RM225,000 manakala RM275,000 bagi penyelenggaraan lain.

Dalam pada itu, beliau berkata, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) dan alumni sekolah juga mempunyai peranan penting dalam memberikan ruang supaya pendidikan itu lebih bermutu dan bermakna.

Tambah beliau lagi, ketika ini, cabaran bagi warga pendidik lebih kepada perubahan yang begitu pantas memandangkan terdapat disiplin-disiplin baru tiada dalam kokurikulum.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *