Krisis Iran-Israel: PM Anwar Jamin Harga RON95 Tak Naik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN di Medini, Iskandar Puteri pada 19 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

ISKANDAR PUTERI, 20 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak (RON95) biarpun ketegangan berlaku antara Iran dan Israel ketika ini yang dilihat menjejaskan harga bahan bakar itu di pasaran dunia.

Perdana Menteri berkata, walaupun harga minyak (RON95) dunia ketika ini dilaporkan meningkat mendadak, kerajaan mengambil keputusan tersebut kerana kesannya kepada rakyat dan ekonomi negara.

“Minyak ini harganya naik turun. Sekarang ini keadaannya (harga global) agak rendah, tetapi bila naik, ia naik mendadak. Namun, kerajaan tidak menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN di Medini, Iskandar Puteri pada 19 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN di Medini, di sini pada Khamis.

Pada pembentangan Belanjawan 2025, Anwar menyentuh isu penyasaran subsidi petrol RON95 yang dijangka dilaksanakan pertengahan tahun ini.

Tujuan cadangan berkenaan menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, boleh menjimatkan sehingga RM8 bilion hasil 40 peratus subsidi petrol RON95 yang dinikmati warga asing dan golongan maha kaya ketika ini.

Penjimatan itu nanti, katanya akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak, membiayai pembangunan kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan awam di negara ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Dr Fuziah Salleh serta Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kamil Munim.

Terdahulu, media melaporkan harga minyak boleh melonjak sehingga AS$130 setong sekiranya Iran memutuskan untuk menutup Selat Hormuz, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik akhbar Turkiye Hurriyet.

Serangan balas Iran terhadap Israel dijangka mengganggu rantaian bekalan minyak global yang akan menaikkan harga Brent North Sea dalam jangka masa pendek.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *