Krisis Iran-Israel: Amerika Serang 3 Tapak Nuklear Iran

Imej satelit kesan serangan Amerika Syarikat terhadap tapak loji nuklear Iran di Fordow pada 21 Jun 2025.
WASHINGTON, 22 Jun – Tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow, kata Presiden Donald Trump.
“Kami telah menyelesaikan serangan ‘yang sangat berjaya’ ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam catatan di platform Truth Social.
“Muatan penuh BOM telah dijatuhkan di tapak utama, Fordow,” katanya sambil menambah bahawa pesawat itu telah keluar dari ruang udara Iran dan dalam perjalanan pulang.
Sebelum itu, beberapa jet pengebom halimunan B-2 yang mampu memusnahkan tapak nuklear Fordow, dikesan menuju ke barat merentasi Laut Pasifik semalam, ketika spekulasi meningkat bahawa AS akan menyerang kemudahan tersebut.
Trump secara terbuka mengumumkan Khamis lalu bahawa beliau akan membuat keputusan dalam dua minggu akan datang (mengenai kebarangkalian serangan ke atas Iran) bagi memberi Tehran peluang terakhir untuk berunding. – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

